top of page

BOOTCAMP KEPIMPINAN STRATEGIK SMA MALAYSIA 2026

8 Okt
1 min membaca

3 hari.

Satu pasukan.

Satu hala tuju.


Pada 11 hingga 13 September 2026.


Barisan EXCO SMA Malaysia berkumpul di The Everly, Putrajaya untuk satu perjalanan yang lebih daripada sekadar sebuah bootcamp.


Kami kembali kepada persoalan paling asas “Why We Are Here?”


Daripada memahami peranan masing-masing, menyusun semula sistem dan SOP, berkongsi cabaran, memperkukuh pengurusan media sosial & organisasi


Sehinggalah membina pelan tindakan serta menetapkan hala tuju SMA Malaysia untuk bulan dan tahun yang akan datang.


Di sebalik setiap workshop dan perbincangan, ada juga ruang untuk kami berkongsi, ketawa, makan bersama, bertukar hadiah dan mengeratkan hubungan sebagai sebuah keluarga. 


Aktiviti bersama keluarga EXCO turut menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.


Kerana organisasi yang kuat bukan hanya dibina dengan sistem yang baik, tetapi dengan manusia yang memahami peranan, saling mempercayai dan bergerak menuju tujuan yang sama.


Tiga hari mungkin sudah berakhir.

Tetapi tanggungjawab masih tetap berjalan.


Peranan lebih jelas.

Hubungan dieratkan.

Visi & misi lebih tersusun.


Untuk SMA Malaysia.

Untuk komuniti kita.

Untuk setiap fighter dan setiap keluarga yang kita bawa bersama.


Kita bergerak ke hadapan, bersama-sama. 💙


 
 
 

Komen


bottom of page