top of page

Kerusi Roda Yang Membawa Tuah 😉 / The Fortune Wheelchair ♿

Kalau tidak cuba, mana kita tahu hasilnya. Itulah yang terjadi kepada SMA Fighter Anis Adilah Amlaki (SMA Type 2) yang telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Cerpen sempena program Dirgahayu Bahasaku yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia baru-baru ini. Walaupun Anis menghadapi kekangan ketika ingin menyertai pertandingan ini kerana pada masa yg sama sedang menghadapi peperiksaan semester sebagai seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Sarjana Muda Psikologi.


Cerpen yang bertajuk Diari Kerusi Keramat telah berjaya menambat hati juri dengan olahan penulisan kreatif, bersahaja, penuh emosi dan mencuit hati tetapi tetap dapat mengangkat isu-isu kemanusiaan yang berkisar tentang kehidupan seorang pesakit SMA sepertinya. Cerpen yang mengisahkan suka duka, pahit getir dan pengalaman Anis sepanjang menjadi pengguna kerusi roda bermotor ini telah membawa imaginasi para pembaca untuk sama-sama merasai warna-warni perasaan Anis yang sarat dengan pengajaran dan tauladan. Pasti kalian ingin membacanya, bukan? Anda boleh imbas pada Kod QR dalam gambar berikut atau boleh juga tekan pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1lLSEnjLShCrazgOQsn3S4fbv0BVVOvJK/view?usp=sharing


Selamat membaca dan SMA Malaysia mengucapkan syabas buat Anis, moga terus berusaha, dan berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi serta terus menjadi inspirasi buat oku yang lain 🌹❤️💪🏼


* * *

If we not try, how do we know the results? That is what happened to SMA Fighter Anis Adilah Amlaki (SMA Type 2) who won second place in the Short Story Writing Competition in conjunction with the Dirgahayu Bahasa program organized by Universiti Pendidikan Sultan Idris in collaboration with Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia recently. Although she was having her Semester examinations, she as an UPSI's student in the Bachelor in Psychology, managed to join and win the competition.


The short story titled Diari Kerusi Keramat (Miraculous Chair Diary) has managed to captivate the hearts of the juries with her creative writing, unpretentious, full of emotion, touching and joyful vibes but still able to raise the humanitarian issues that revolve around the life of an SMA patient like her. The short story that tells the story of grief, perseverance, bitter-sweet memories and Anis's experiences as a motorized wheelchair user has brought the imagination of the readers to feel the colors of Anis's feelings which are loaded with lifetime lessons and inspiration. You must want to read it, don't you? You can scan the QR Code in the following picture or you can also press the following link: https://drive.google.com/file/d/1lLSEnjLShCrazgOQsn3S4fbv0BVVOvJK/view?usp=sharing


Happy reading and SMA Malaysia congratulates Anis, may her continue to work hard, and succeed with excellence in whatever field she ventures into and continue to be an inspiration for other PWDs 🌹❤️💪🏼








75 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page