• fura7183

Menyeluk Pekasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan

Peribahasa Melayu ini yang bermaksud tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya sangat sinonim dengan semangat yang ditunjukkan oleh SMA Fighter Ahmad Nazmi Md. Nizam (SMA Type 2). Ahmad Nazmi atau nama panggilan 'Nami' merupakan atlet Paralimpik Malaysia yang semakin cemerlang dalam arena sukan catur negara dan antarabangsa. Baru-baru ini pihak Life SOAR Resources Berhad telah menjalankan sesi temuramah untuk satu program memperkasakan dan mengetengahkan bakat OKU yang dipanggil 'Project Adapt 2020'. Dalam sesi yang berlangsung pada 6 Disember 2020 yang lalu, Ahmad Nazmi telah berkongsi pengalaman dan pahit getir tentang kehidupannya sebagai SMA Fighter dan juga detik manis beliau berkecimpung dalam sukan catur ini. Sesungguhnya semangat yang berkobar, usaha yang gigih dan pengorbanan yang bukan sedikit telah membuahkan hasil. Semoga Ahmad Nazmi terus cemerlang dalam arena sukan catur paralimpik ini dan menempa namanya dan nama negara di arena dunia, menjadi inspirasi buat seluruh SMA Fighter dan OKU yang lain.


***

This Malay proverb which means that every job should be made until the completion and success, synonymous with the spirit shown by SMA Fighter Ahmad Nazmi Md. Nizam (SMA Type 2). Ahmad Nazmi or nickname 'Nami' is a Malaysian Paralympic athlete who is increasingly excelling in the national and international chess arena. Recently, Life SOAR Resources Berhad conducted an interview session for a program to empower and highlight the talent of the persons with disabilities called 'Project Adapt 2020'. In the session that took place on 6 December 2020, Ahmad Nazmi shared his vast experiences about his life as an SMA Fighter and also his sweet moments in chess. Indeed his fiery spirit, hard work, and huge sacrifice have paid off and counting. May Ahmad Nazmi continues to excel in this paralympic chess arena and forges his name and Malaysia in the world arena, be an inspiration for all other SMA Fighter and PWDs.






24 views0 comments