top of page

Salam Aidil Adha (Happy Aidil Adha)

Setiap kali tiba 10 Zulhijjah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga dinamakan Hari Raya Korban. Hari ini dirayakan sempena ibadah Haji dan juga bagi memperingati pengorbanan dan kesabaran Nabi Ibrahim A.S. yang diwahyukan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S., juga ketabahan dan keteguhan hati Nabi Ismail A.S. menerima dengan penuh keyakinan perintah Allah untuk dikorbankan. Lalu Allah memerintahkan supaya digantikan dengan mengorbankan haiwan ternakan. Melalui sirah ini, kita dapat pelajari bagaimana kesabaran, ketabahan dan pengorbanan menghadapi ujian pasti akan dihadiahkan kejayaan dan kebahagiaan oleh Maha Pencipta.


Hari ini kita semua diuji dengan penularan Covid19. Semua lapisan masyarakat terpaksa melaluinya. Ada yang jatuh sakit dan ada yang terkorban. Ada yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Ada yang terpaksa bekerja siang malam dan terpisah dengan ahli keluarga. Ada yang tersekat pergerakan dan kebebasan. Tiada yang terkecuali termasuklah SMA Fighters dan keluarga. Maka sama-sama kita mengambil iktibar dari pengertian Hari Raya Aidil Adha ini, kuatkan semangat dan kesabaran serta cekal menjalani kehidupan yang sukar ini. Jangan pernah berputus asa. Semoga Covid19 akan berlalu tidak lama lagi. Teruskan mengikut SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita đŸ„°â€ïž

* * *

Every time 10 Zulhijjah arrives, Muslims will celebrate Hari Raya Aidil Adha or also called Sacrifice Celebration. It is celebrated in conjunction with the Hajj and also to commemorate the sacrifice and patience of Prophet Ibrahim A.S. which was revealed by Allah to sacrifice his son, Prophet Ishmael A.S., as well as the perseverance and fortitude of Prophet Ishmael U.S. accept with confidence Allah's command to be sacrificed. Then The Most Gracious Allah ordered it to be replaced by sacrificing livestock. Through this sirah (history of Prophets) , we can learn how patience, perseverance and sacrifice in facing the trials will surely be rewarded with success and happiness by the Almighty Creator. Today we are all tested with Covid19 outbreak. All of us had to go through it. Some fell ill and some died. Some lost their jobs and incomes. Some had to work day and night and be separated from family members. Some are stuck in movement and freedom. No exceptions, including the SMA Fighters and families. Therefore, let us all learn from the meaning of Hari Raya Aidil Adha, strengthen our spirit and patience and persevere in living this difficult life. Never give up. Hopefully Covid19 will pass soon. Proceed according to the set of the SOPs. We take care of us đŸ’ȘđŸŒđŸ’đŸŒč



59 views0 comments
bottom of page