• fura7183

SMA Fighter Meneraju Teknologi Digital

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk Pendidikan Digital Era 4.0, Menyantuni Golongan Berkeperluan Khas yang telah berlangsung pada 9 Januari 2021 yang lalu. Cik Siti Hawa Apandi (SMA Fighter Type 2) telah dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel webinar tersebut bagi mewakili golongan OKU yang terlibat secara langsung dalam pendidikan menggunakan teknologi digital. Beliau yang merupakan Ikon Pelajar OKU Cemerlang Universiti Malaysia Pahang (UMP), juga merupakan Presiden Kelab OKU UMP ini telah berkongsi pengalamannya berkecimpung dalam dunia pengkomputeran sejak di peringkat Sarjana Muda lagi. Kini, Cik Siti Hawa sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Artificial Intelligence, suatu bidang teknologi digital yang futuristik dan amat besar potensinya dalam kehidupan. Beliau turut berkongsi cabaran yang dihadapinya dan bagaimana beliau mengatasinya sepanjang meneruskan impiannya untuk terus cemerlang dalam akademik. Syabas dan tahniah kepada Cik Siti Hawa di atas kejayaan yang telah dicapai dan terus menjadi inspirasi kepada semua OKU di luar sana, terutama sekali kepada SMA Fighters yang lain.

***

The Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia has organized a webinar entitled Digital Education Era 4.0, Helping People with Special Needs which took place on 9 January 2021. Ms. Siti Hawa Apandi (SMA Fighter Type 2) was invited to be one of the panel members of the webinar to represent the disabled who are directly involved in education using digital technology. She who is a PWD Student Icon of Universiti Malaysia Pahang (UMP), is also the President of the UMP OKU Club has shared her experience in the world of computing since the Bachelor's level. Now, Ms. Siti Hawa is continuing her studies at the Doctor of Philosophy (Ph.D.) level in the field of Artificial Intelligence, a field of digital technology that is futuristic and has great potential in life. She also shared the challenges she faced and how she overcame them throughout the pursuit of her dream to continue to excel in academics. Congratulations to Ms. Siti Hawa for the success that has been achieved and continues to be an inspiration to all the disabled out there, especially to other SMA Fighters.






31 views0 comments