top of page

Wawancara SMA Fighters Bersama Utusan TV (SMA Fighter's Interview With Utusan TV)

Alhamdulillah Utusan TV telah menjemput dua orang SMA Fighters, iaitu Cik Miza Marsya Roslan, Penolong Setiausaha SMA Malaysia dan Cik Siti Safura Jaapar, Exco Perubatan dan Penyelidikan SMA Malaysia untuk ditemubual dalam Slot Berani Cakap Bersama Hj Bro, yang disiar langsung secara di atas talian di FB Live Utusan TV.


Wawancara ini telah membincangkan tentang kehidupan pesakit spinal muscular atrophy, pengalaman yang mereka tempuhi, cabaran yang dihadapi, dan perkembangan terkini tentang penyakit ini di Malaysia. Selain itu, Tuan Hj Bro juga mengupas tentang cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu komuniti pesakit SMA khususnya dan pesakit-pesakit penyakit jarang jumpa amnya dari perspektif pesakit itu sendiri.


Berikut adalah pautan rakaman wawancara tersebut bagi membolehkan orang ramai menonton semula dan menyebarluaskan informasi ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang salah satu penyakit jarang jumpa ini.



----------------


Alhamdulillah Utusan TV has invited two SMA Fighters, namely Ms. Miza Marsya Roslan, Assistant Secretary of SMA Malaysia and Ms. Siti Safura Jaapar, Medical and Research Exco of SMA Malaysia to be interviewed in Slot Berani Cakap Bersama Hj Bro, which was broadcast live online at FB Live Utusan TV.


This interview has discussed about the lives of spinal muscular atrophy patients, their experiences, the challenges they face, and the latest developments on the disease in Malaysia. Apart from that, Tuan Hj Bro also discussed the suggestions that can be done by the government to help the community of SMA patients (in particular) and patients with rare diseases (in general) from the perspective of the patients themselves.


Here is a link to the recording of the interview to allow the public to re -watch and disseminate this information to raise public awareness of one of these rare diseases.




29 views0 comments

Recent Posts

See All

Hozzászólások


bottom of page