top of page

Catur Merapatkan OKU Dengan Masyarakat

Kejohanan The 25th Grand Asian Chess Championships (GACC) Open Team telah berlangsung dengan jayanya di KL Gateway Mall pada 16 Mei 2022 yang lalu. Kejohanan catur bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Pelajar Kolej Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya ini telah disertai oleh 4 orang SMA Fighters iaitu SMA Fighter Ahmad Nazmi Md Nizam, SMA Fighter Amirul Iman Amiruddin, SMA Fighter Mohd Azzani Ahmad dan SMA Fighter Siti Safura Jaapar. Selain mereka, terdapat beberapa pesakit penyakit jarang jumpa (Ichthyosis, Albinisme, Pycnodysostosis, Steven-Johnson Syndrome dll) dan beberapa oku lain (dyslexia, autism, penglihatan dll) yang turut serta memberikan saingan dalam acara ini. SMA Fighter Ahmad Nazmi dan Amirul Iman bersama dua lagi rakan oku mereka iaitu Amirul Syahmie Shahrulizam dan Fakhrul Nur Aiman yang mewakili kumpulan Para Melaka Boombastics (OKU) telah dinobatkan Anugerah 'The Best Spirit Team'. Terdahulu, SMA Fighter Ahmad Nazmi telah memenangi hadiah Terbaik OKU di Kejohanan Klebang Open Chess Tournament di Aeon Mall Klebang, Ipoh Perak pada 15 Mei 2022, iaitu sehari sebelum menyertai kejohanan di KL Gateway Mall ini.


Kejohanan catur seperti ini dilihat menyediakan platform untuk para pemain catur oku menunjukkan bakat kemahiran catur mereka dan seterusnya memberi saingan hebat kepada pemain catur biasa, membuktikan bahawa mereka boleh berfungsi dengan sangat baik jika diberi peluang, ruang dan sokongan sewajarnya oleh masyarakat. Syabas kepada semua pemain catur OKU yang berani keluar bergaul dengan masyarakat, tahniah dan terima kasih kepada semua ahli keluarga SMA Fighters, ahli keluarga oku yang lain, pengurus pasukan oku, pihak penganjur dan sukarelawan yang telah menyokong dan membantu oku sepanjang kejohanan ini ❤️


Pasukan Para Melaka Boombastics pemenang Anugerah The Best Spirit Team




Empat SMA Fighters memberi saingan


Barisan pemain OKU yang menyertai kejohanan







SMA Fighter Ahmad Nazmi telah memenangi hadiah Terbaik OKU di Kejohanan Klebang Open Chess Tournament di Aeon Mall Klebang, Ipoh Perak pada 15 Mei 2022

263 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page