top of page

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022 & Mesyuarat Agung Tahunan SMA Malaysia 2022

28 Februari 2022 memberi kenangan manis apabila SMA Malaysia melangsungkan Majlis Mesyuarat Agung SMAM 2022 sekaligus menyambut Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022. Acara yang dijalankan atas talian telah dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, SMA Fighter Cik Siti Safura dan bacaan doa oleh SMA Fighter En Amirul Iman. Kemudian diikuti ucapan daripada Puan Shakira Jamil, Pengerusi SMAM 2020/2021 dan tayangan video 5 tahun SMA Malaysia. Kemudian para peserta menutup lampu atau menggelapkan suasana kediaman masing-masing dan menyalakan lampu kecil sebentar sebagai simbol solidarity sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022. Majlis diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan SMA Malaysia bagi tahun 2021. Pembubaran Ahli Jawatankuasa dan perlantikan Ahli Jawatankuasa baharu untuk sesi 2022-2024 berlangsung dengan lancar. Penggunaan sistem undian atas talian untuk pemilihan ahli Jawatankuasa baharu yang pertama kalinya bagi SMA Malaysia berjalan dengan meriah dikoordinasikan oleh En Muha dan En Kusyairy, yang dibawa khas dari MRDS. Barisan Ahli Jawatankuasa baharu 2022 telah dipilih iaitu Puan Shakira Jamil (Pengerusi), Puan Arfah (Timbalan Pengerusi), Puan Nurul Hidayatul Fathi (Setiausaha), SMA Fighter Cik Miza Marsya (Penolong Setiausaha), SMA Fighter Cik Gazlia (Bendahari), dan 7 exco iaitu SMA Fighter Cik Siti Safura, SMA Fighter Cik Anis Adilah, SMA Fighter En Ahmad Nazmi, SMA Fighter En Meor Amiruddin, Pn Lily, Pn Zaidah, En Rasis dan SMA Fighter Cik Raihanah. Beberapa usul telah di cadangkan dan perbincangan berlangsung dengan rancak. Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutup Pn Shakira selaku Pengerusi SMAM yang baharu dan tayangan video Manusia-manusia Kuat sempena sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022.









20 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page