top of page
fura7183

Imbasan Bulan Kesedaran SMA Sedunia 2022 : SMA Fighters Chess E-Sport Championship

Alhamdulillah sepanjang bulan Ogos bersamaan Bulan Kesedaran Penyakit Spinal Muscular Atrophy Sedunia yang lalu, SMA Malaysia telah menganjurkan dua Program Utama, salah satunya adalah

SMA Fighters Chess E-Sport Championship yang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Ogos 2022 secara atas talian Zoom. Seramai 44 orang peserta telah mengambil bahagian dan bukan hanya terdiri dari keluarga SMA Malaysia sahaja tetapi turut disertai oleh orang awam. Kesemua mereka telah sama-sama berentap selama lebih dari 8 jam, bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, untuk mempersembahkan kemahiran bermain catur dan seterusnya merebut kejuaraan. Selain itu, semasa program ini dijalankan, pihak SMA Malaysia telah menayangkan video tentang 'Apa itu penyakit Spinal Muscular Atrophy', aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh SMA Malaysia dan Kenangan Abadi bagi SMA Fighters yang telah terkorban akibat penyakit SMA.


Program ini telah dikelolakan oleh empat SMA Fighters yang diketuai oleh Encik Ahmad Nazmi Md Nizam selaku Pengarah Program dan dibantu oleh Cik Anis Adilah Amlaki, Cik Siti Hawa Apandi dan Cik Siti Safura Jaapar, masing-masing menjalankan tugas sebagai Setiausaha, Koordinator Atas Talian dan Bendahari Program. Program ini turut dianjurkan bersama oleh Rare Diseases Alliance Foundation Malaysia (RDAFM) dan Pengerusinya, Yang Berbahagia Dato Hatijah Ayob telah sudi hadir bersama pada Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang. Program ini telah diiktiraf sebagai Program Peringkat Kebangsaan oleh Malaysia Chess Federation (MCF). Syarikat Abdul Wahab (SAW) dan juga RDAFM telah menaja hadiah wang tunai kepada semua pemenang di mana juara telah memenangi hadiah wang tunai RM200 dan sijil pencapaian. Manakala pihak 3RG Resources telah memberikan sokongan teknikal pertandingan. Secara keseluruhan program ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat disamping menggalakkan interaksi positif di antara masyarakat dengan komuniti SMA dan pesakit penyakit jarang jumpa yang lain. SMA Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran, tajaan dan peryertaan pertandingan.






6 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page