24 April 2024, tarikh yang tidak mungkin dapat dilupakan buat ibu dan ayah kepada anakanda Che Nur Airaa Hana, SMA type 1 yang telah kembali kepada Penciptanya. Sakit melepaskan, namun mereka perlu terus kuat kerana yakin baby Airaa sudah gembira bermain di taman syurga Allah.
Selama ini, kami dalam keluarga besar SMAM sentiasa membantu dan memberi sokongan. Salah satu semangat yang diajar oleh puteri tersayang, ukhwah itu perlu diteruskan. Masih ramai anak-anak SMA yang sedang berjuang sambil menumpang doa dan kasih sayang sesama kami.
Hebatnya semangat yang ditinggalkan hingga membawa keikhlasan ibu dan ayah baby Airaa untuk menyalurkan sumbangan beberapa peralatan yang selama ini sentiasa menjadi peneman setia baby Airaa dalam perjuangan hidup.
Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi. Allah sebaik-baik penjaga. Moga Allah pelihara rindu ibu dan ayah baby Airaa dan menggantikan segala kebaikan dan amalan mereka dengan ganjaran yang terbaik sehingga sampai detik, bersatu kembali di syurgaNya.
留言