top of page

Bantuan Covid SMA Malaysia (SMA Malaysia Covid Aid)

Alhamdulillah Kempen Kutipan Bantuan Covid SMA Malaysia yang telah berlangsung dari 26 Julai sehingga 8 Ogos 2021 telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat perhatian beberapa dermawan yang telah menyumbang dalam bentuk barangan makanan dan wang tunai. Pihak SMA Malaysia juga mendapat rakan kolaborasi iaitu MIAK Trading Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Idris @Yusuf bin Ibrahim, menjadikan aktiviti pengumpulan barangan makanan berjalan dengan lancar. Semua barangan terkumpul termasuklah beras, minyak masak, tepung, gula, sardin, susu pekat, susu segar, minuman kotak, serbuk Milo, minuman bijirin, mi segera dan pelitup muka. Barangan ini telah dikumpulkan di kediaman Pn. Arfah Jamian, Timbalan Presiden SMAM, selaku Pengarah Program Bantuan Covid SMA Malaysia.


Sebanyak 30 buah keluarga SMA Fighters akan menerima bantuan barangan ini dan aktiviti penghantaran telah bermula 11 Ogos 2021 dan destinasi pertama adalah ke Kelantan dan akan diserahkan kepada beberapa keluarga SMA Fighters oleh En Rasis, salah seorang exco SMAM. Destinasi seterusnya adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka yang dijadualkan akan diedarkan kepada beberapa keluarga SMA Fighters pada 15 Ogos 2021 oleh Pn Shakira, Presiden SMAM. Manakala bagi keluarga SMA Fighters yang berada di Johor, Perak, Kedah, Pahang dan Sarawak, barangan makanan ini akan dihantar kepada mereka dengan menggunakan perkhidmatan kurier. Selain itu seramai 50 SMA Fighters akan mendapat manfaat bantuan wang saku dan SMA Malaysia akan menyalurkan terus ke akaun mereka.


Kempen yang telah berlangsung selama dua minggu ini telah berjaya mengumpulkan barangan makanan dan wang tunai, dianggarkan sebanyak RM5000. SMA Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan sumbangan anda sangat bermakna kepada SMA Fighters dan keluarga mereka. Walau bagaimanapun, jumlah kutipan ini belum mencapai sasaran RM10 ribu, maka pihak urusetia program bersetuju melanjutkan tempoh pengumpulan dana sehingga 24 Ogos 2021. Moga lebih ramai dermawan di luar sana tampil menghulurkan bantuan kepada SMA Fighters yang terkesan dengan penularan Covid19 ini. Bantuan anda sangat dihargai. Terima kasih.

***

Alhamdulillah, the Covid SMA Malaysia Aid Collection Campaign which took place from 26 July to 8 August 2021 was held successfully and has attracted the attention of several philanthropists who have contributed in the form of food items and cash. SMA Malaysia also has a collaboration partner, MIAK Trading Sdn. Bhd. represented by Encik Idris @Yusuf bin Ibrahim, made the food collection activity run smoothly. All items collected included rice, cooking oil, flour, sugar, sardines, condensed milk, fresh milk, boxed drinks, Milo powder, cereal drinks, instant noodles and face masks. These items were collected and stored at the residence of Pn. Arfah Jamian, Deputy President of SMAM, as the Director of the SMA Malaysia's Covid Aid Program.


A total of 30 SMA Fighters families will receive these items and the delivery activity has started on 11 August 2021 and the first destination was Kelantan and will be handed over to several SMA Fighters families by Mr. Rasis, one of the SMAM exco. The next destinations are in Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan and Melaka which are scheduled to be distributed to several SMA Fighters families on 15 August 2021 by Pn Shakira, President of SMAM. Meanwhile, for SMA Fighters families in Johor, Perak, Kedah, Pahang and Sarawak, these food items will be sent to them using courier services. In addition, a total of 50 SMA Fighters will benefit from pocket money assistance and SMA Malaysia will channel directly to their accounts.


The two-week campaign has managed to collect food items and cash, estimated at RM5000. SMA Malaysia would like to thank everyone who has contributed and your contribution is very meaningful to SMA Fighters and their families. However, the total collection has not reached the target of RM10 thousands, so the program secretariat agreed to extend the fundraising period until August 24, 2021. We hope more philanthropists out there come forward to help SMA Fighters affected by the Covid19 outbreak. Your help is greatly appreciated. Thank you.






91 views0 comments
bottom of page