Jiwa Seni Dicurahkan Dalam Bait Lagu

Keindahan sesebuah lagu bukan hanya bergantung kepada melodinya tetapi juga bait-bait lirik yang memberikan maksud mesej yang ingin disampaikan. Arena penciptaan lagu dan lirik ini telah menjadi platform bagi Nursyafiqah Yahya (SMA Fighter type 2) untuk terus mengembangkan bakat seninya dan seterusnya menggilap namanya. Ini terbukti apabila beliau telah berentap dengan lebih 50 peserta lainnya di dalam Pertandingan Mereka Cipta Lagu Rasmi Baharu Majlis Perbandaran Kuala Langat dan berjaya menempatkan diri di kedudukan 4 peserta terbaik. Beliau telah memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil penyertaan. Syabas diucapkan kepada Nursyafiqah yang gigih berkarya dan mengejar impiannya. Moga Nursyafiqah terus cemerlang dengan karya yang lebih di masa hadapan.

***

The beauty of the song depends on not just the melody, but also on the lyrical lines that offer the sense of the message to be conveyed. This song and lyrics arena has become a platform for Nursyafiqah Yahya (SMA Fighter Type 2) to further cultivate her creativity and polish her name. This was revealed when she competed with more than 50 other participants in the Kuala Langat Municipal Council New Official Song Creation Competition and managed to place herself in the position of the 4 best participants. He has won a consolation prize in the form of cash of RM1000 and a certificate of participation. Congratulations to Nursyafiqah who worked hard and pursued her dreams. May Nursyafiqah continue to excel with more masterpieces in the future.


44 views0 comments