Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada Cik Anis Adilah Amlaki, seorang SMA Fighter dan juga Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), juga merupakan Naib Presiden Kelab I-MUPC-Kelab OKU UPSI yang telah dijemput untuk menjadi tetamu Program Motivasi Pemantapan Diri Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
Program ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2021 yang lalu secara di atas talian dan telah disertai oleh para ibubapa serta murid-murid PPKI sekolah tersebut. Cik Anis telah berkongsi pengalaman beliau, cabaran yang ditempuhi dan pendekatan yang diambil bagi mengatasi setiap cabaran yang datang di samping menaikkan semangat dan motivasi para murid PPKI.
Syabas SMA Malaysia ucapkan kepada Cik Anis, dan semoga Cik Anis terus menjadi inspirasi kepada anak-anak OKU yang lain untuk terus cekal dan maju dalam kehidupan.
------------
Alhamdulillah, congratulations to Ms. Anis Adilah Amlaki, a SMA Fighter and also a student of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), who is also the Vice President of I-MUPC Club-UPSI OKU Club who has been invited to be a guest of the Student Self-Improvement Motivation Program of the Special Education Integration Program (PPKI) organized by SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
This program took place on 22 October 2021 online and was attended by parents and students of the school's PPKI. Ms. Anis shared her experience, challenges faced and approaches taken to overcome each challenge that came as well as raise the spirit and motivation of PPKI students.
SMA Malaysia wishes Ms. Anis continue to be an inspiration to other disabled children to continue to persevere and progress in life.
Comments