Sempena sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2021, satu program bual bicara akan dilangsungkan pada 9 Februari 2021 (Selasa) bermula jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi di Saluran Kelantan FM (102.9 MHz) dalam "Segmen Ceria Pagi - Rancangan Kecek Kiro Kito". Program ini akan menampilkan dua orang panel iaitu Yang Berbahagia Profesor Dr. Zilfalil bin Alwi, Pakar Perunding Kanan Kanak-kanak & Genetik Klinikal, Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Manakala panel kedua adalah Cik Anis Adilah binti Amlaki, SMA Fighter Jenis 2 yang juga merupakan Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan usahawanita muda yang semakin cemerlang. Jom sama-sama kita pakat-pakat dengarkan siarannya esok. Jangan lupa ya!
***
In conjunction with the celebration of World Rare Disease Day 2021, a talk program will be held on 9 February 2021 (Tuesday) from 9.30 am to 10.00 am on Kelantan FM Channel (102.9 MHz) in "Morning Cheer Segment - Kecek Kiro Kito Show". This program will feature two panels, namely Yang Berbahagia Professor Dr. Zilfalil bin Alwi, Senior Consultant of Pediatric & Clinical Genetics, Human Genome Center, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. While the second panel is Ms. Anis Adilah binti Amlaki, SMA Fighter Type 2 who is also a student of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and a young entrepreneur who is becoming more excellent. Let's all listen to the broadcast tomorrow. Don't forget!
Comments