top of page

SMA Malaysia Akan Bersiaran Di Negeri Adat Pepatih dan Negeri Jelapang Padi

Sempena sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2021, sukacitanya kami ingin mewarwarkan bahawa SMA Malaysia akan bersiaran di dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Kedah, masing-masing pada 23 Februari 2021 (Selasa) ini. Pada waktu pagi SMA Malaysia akan bersiaran di Negeri FM (92.6Mhz - Seremban) pada jam 10.20 - 10.40 pagi dalam Segment I-Medik yang akan menampilkan seorang ahli panel iaitu Prof. Dr. Zilfalil Alwi, Pakar Perunding Kanan Kanak-Kanak dan Genetik Klinikal, Pusat Genom Manusia, USM Kubang Kerian. Manakala dan pada jam 2.30 - 3.00 petang, SMA Malaysia akan bersiaran pula di Kedah FM (97.5Mhz - Alor Setar) dalam Segmen Seleksi Konti Radio Bervisual dan akan menampilkan Prof. Madya Dr. Teguh Haryo Sasongko, Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan, juga Profesor Madya dalam bidang Fisiologi Manusia, Fakulti Perubatan, Perdana University Royal Collage of Surgeons in Ireland (PURCSI). Kedua-dua mereka adalah pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang telah banyak membantu SMA Malaysia sebagai Kumpulan Jawatankuasa Penasihat Perubatan SMA Malaysia. Banyak maklumat tentang penyakit jarang jumpa dan terutama sekali SMA akan dikongsi dan dikupas dalam kedua-dua sesi ini. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu supaya lebih cakna dan prihatin tentang komuniti minoriti ini. Jumpa nanti!

***

In conjunction with the celebration of World Rare Disease Day 2021, we are pleased to announce that SMA Malaysia will broadcast in two states, namely Negeri Sembilan and Kedah, respectively on 23 February 2021 (Tuesday). In the morning, SMA Malaysia will broadcast on Negeri FM (92.6Mhz - Seremban) at 10.20 - 10.40 am in the I-Medic Segment which will feature a panel, Prof. Dr. Zilfalil Alwi, Senior Consultant Specialist in Children and Clinical Genetics, Human Genome Center, USM Kubang Kerian. Meanwhile, at 2.30 - 3.00 pm, SMA Malaysia will broadcast on Kedah FM (97.5Mhz - Alor Setar) and will feature Prof. Dr. Teguh Haryo Sasongko, Deputy Director of the Center of Research Excellence, is also an Associate Professor in the field of Human Physiology, Faculty of Medicine, Perdana University Royal College of Surgeons in Ireland (PURCSI). Both of them are experts in their respective fields who have helped SMA Malaysia as a Group of SMA Malaysia Medical Advisory Committee. A lot of information about rare diseases especially SMA will be shared and parsed in both sessions. Do not miss the opportunity to add knowledge to be more knowledgeable and concerned about this minority community. See you later!












44 views0 comments
bottom of page